Home » Archives for September 2014
Mesti ramai yang suka makan kentang Mcd atau kentang KFC ni, memang sedap dan menyelerakan! Tapi tahukah anda, ada kajian yang dibuat untuk mengetahui perbezaan tentang bawah pengawet terhadap makanan segera ini!
Ada spekulasi yang mengatakan yang makanan segera milik McDonald ini dianggap susah terurai di dalam tubuh badan manusia, maka kajian ini pun dijalankan, kajian ini dilakukan pada tahun 2008 dengan meletakkan makanan tersebut dalam 2 bekas balang yang berbeze yakni meletakkan kentang goreng dari McDonald dan satu lagi kentang goreng dari Kfc.
Selepas 3 tahun, balang ini pun di buka dan hasilnya memang sangat memeranjatkan, lihat gambar di bawah..


Lihatlah hasilnya, sesetengah orang berpendapat yang kentang Mcd ni menggunakan bahan pengawet kerana masih utuh berbanding dengan kentang KFC. Namun di pihak lain ada yang berpendapat hal seperti ini terjadi kerana sistem pemprosesan di Mcdonalds lebih bersih sehingga bakteria tidak dapat menembusi dan bekembang di dalam makanan tersebut.
sumber
[Continue reading...]
SEORANG lelaki warga British ditahan setelah disyaki mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kemboja.
Micheal Jones disyaki telah membawa balik sekurang-kurangnya seorang budak perempuan ke kamar hotelnya untuk berasmara.
Dia juga dilihat memeluk dan mencium kanak-kanak itu di khalayak ramai.
Jones yang berumur 55 tahun ditangkap di bandar Phnom Penh setelah gerak-gerinya berjaya diintip oleh pasukan polis negara tersebut.
Selain kanak-kanak, Jones juga dikatakan telah mengadakan hubungan seks dengan remaja berusia 13 dan 14 tahun di negara itu.
Siasatan awal mendapati, Jones akan memberi kanak-kanak dan remaja ini sekitar RM20 setiap kali selesai melampiaskan nafsu syahwatnya.
Tak tahulah manusia jenis apa lelaki ini � patut ditembak je sampai mati! � Mynewshub.my
[Continue reading...]
MISTERI pendarahan hidung yang dialami seorang pemuda Arab Saudi sejak tiga tahun lalu berakhir dengan penemuan mengejutkan dirinya, pasukan perubatan dan ahli sains perubatan.
Mana tidaknya, apabila pemeriksaan dilakukan terhadap hidung lelaki berusia 22 tahun itu, doktor menemui sebatang gigi yang tumbuh dengan sempurna.

Menurut laporan Live Science, pemuda terbabit mengalami pendarahan hidung sejak tiga tahun lalu, namun tidak melakukan pemeriksaan kerana menganggap ia perkara biasa.
Bagaimanapun apabila bosan dengan pendarahan tanpa kesakitan itu, dia telah membuat pemeriksaan di Kompleks Perubatan Tentera Raja Fadh di Dhahran.
Doktor yang memeriksanya terkejut dengan penemuan itu dan menjadikannya sebagai satu penemuan baharu dalam sains perubatan.
Bagaimanapun hasil usaha kumpulan doktor pakar, gigi berkenaan berjaya dicabut bagi memberikan keselesaan kepada pemuda terbabit.
Sumber mynewshub.my
[Continue reading...]

Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza.
Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak �rahsia� tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.
Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).
Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.
Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.
Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar.
Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.
Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif.
Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio.
Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.
Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.
Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta.
Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.
Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.
Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara.
Apa lagi rahsia pada jari anda
Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina.
Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.
Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita.
Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital.
Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.
sumber
[Continue reading...]
Semakin menjadi-jadi isu perkauman di negara kita dan tidak tahu apa puncanya. Sebelum ini tidak pula timbul isu-isu sebegini sehingga penulis pun terpinga-pinga mengapa tiba-tiba sahaja isu perkauman menjadi semakin hangat.
Menerusi forum Cari.com.my kali ini didedahkan seorang lelaki berbangsa Cina, Vincent Choo, yang ketika ini menetap di Puchong New Village telah memuat naik satu status yang agak mengguris hati penulis sendiri sebagai seorang Melayu. Status di laman sosialnya itu terang-terangan menyatakan yang Melayu pengecut apabila dia membuka sejarah yang Melayu tidak pernah berperang mempertahankan tanah air kecuali di Bukit Kepong.
Baru sahaja sebelum ini seorang lelaki berbangsa Cina dipenjarakan kerana tidak menghormati sensitiviti agama lain dengan menghina Nabi Muhammad S.A.W. Sepertinya segelintir rakyat kita yang tidak serik terus menghangatkan isu ini.
Penulis amatlah berharap yang perkara ini dihentikan dengan segera dan bagi mereka yang terlibat seharusnya dikenakan hukuman yang lebih keras. Kerana perkauman boleh meruntuhkan negara kita yang berbilang bangsa ini.
Sumber
[Continue reading...]