Artis pun bising bila harga petrol naik, apatah lagi kita?



Tepat jam 12.00 tengah malam semalam (1 Oktober 2014) secara rasminya, harga minyak Ron 95 telah dinaikkan daripada RM2.10 seliter kepada RM 2.30 seliter.

Sebenarnya, kami pun agak terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lewat petang semalam. Tapi, nak buat macam mana kan?

Cuma, kami ingatkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sahaja yang mengeluh dengan kenaikan harga ini. Rupa-rupanya ramai juga selebriti yang terkesan dengan isu ini. Aik, mereka bukan ke agak loaded jugak?

Ha.. ini hanyalah beberapa status yang sempat kami screenshot sehingga lewat malam semalam dan kami percaya ramai lagi yang akan meluahkan pendapat mereka mengenai isu ini.

Yang peliknya, setahu kami selebriti di Malaysia ni memperoleh pendapatan yang agak lumayan juga. Namun, mungkin dek kerana petrol merupakan keperluan harian, maka mereka pun rasa terbeban juga.

Nampaknya lepas ni mereka pun kena kerja keras siang malam dan bersaing antara satu sama lain untuk dapatkan job pula kan? Fuh!



Sumber
[Continue reading...]

Detik Menyayat Hati Seekor Anjing




Inilah detik-detik yang menyayat seekor anjing apabila terjatuh ke dalam tar yang panas lalu mengeras menyebabkan anjing tersebut keras macam batu dan tidak dapat bergerak.


Anjing Bertukar Keras Macam Batu Selepas Jatuh Dalam Tar

Kejadian berlaku di Rajasthan. Mujurlah orang ramai yang melalui jalan berkenaan di Udaipur, telah menghubungi pasukan menyelamat dengan pantas.

Disebabkan tar tersebut telah menjadi keras, anjing berkenaan juga tidak mampu bergerak dan hanya terbaring.

Hanya matanya yang berkelip-kelip, menambahkan simpati orang ramai yang menyaksikan binatang tersebut.

Pasukan penyelamat terpaksa bekerja keras selama dua hari tanpa mengenal erti penat bagi membuang tar yang mengeras di badan anjing tersebut dan ia terpaksa dilakukan secara berhati-hati.
Kerja menyelamat itu dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) Animal Aid Unlimited yang menggunakan minyak untuk melembutkan tar tersebut dan menariknya perlahan-lahan apabila ia merekah.

Namun ia bukannya satu usaha yang mudah dan senang.

Selepas dua hari, tar itu berjaya dikeluarkan dan anjing berkenaan mampu bergerak bebas .
Animal Aid merupakan NGO yang memberikan perkhidmatan sukarelawan untuk merawat binatang yang terbiar di jalanan.

Setiap tahun, beribu-ribu binatang yang cedera dan sakit diberikan rawatan dan disediakan pusat perlindungan.


sumber

[Continue reading...]

Padah Ketawa Semasa Menyeberangi Sungai...





Inilah yang terjadi apabila wanita gelak ketika menyeberangi sungai...

tak pasal-pasal jatuh kat dalam sungai, habis semua kebasahan...

nasib baik sungai tu tak dalam dan takde buaya kat situ.. huhu

layan je video dibawah ni... enjoy! 



[Continue reading...]

Isteri Dilema Status Suami Kalau nak bercerai, OK cerai la Tapi Berj1mak Pada Malam Hari




Cerai sms | Saya ingin tahu mengenai lafaz talak. Baru-baru ini, saya dan suami bertengkar hampir seminggu dan kami tidak bertemu sehingga saya menetap di rumah ibu.Pada hari terakhir kami bertengkar, suami ada berkata: �Kalau nak bercerai, OK cerai la.� Ia dibuat melalui SMS dan mengatakan selesai semua.

Pada malam itu, suami datang dan menyatakan lafaz berkenaan tidak sah. Kami berbaik semula dan bersama.Adakah betul lafaz itu tidak sah? Jika ia sah, perlukah kami ke pejabat agama atau mahkamah untuk rujuk semula?

Jika keadaan itu berulang lagi, adakah dikira sebagai talak yang kedua dan seterusnya talak yang ketiga? Mohon penjelasan Dr.


Niela
Kuala Lumpur

Hukum talak melalui SMS sah dan jatuh talak apabila berlaku dengan syarat tertentu. Begitu juga sah untuk rujuk kembali melalui SMS dan cara lain apabila menepati syaratnya.

Dalam menentukan kesahihan SMS yang dihantar perlu memenuhi rukun talak, iaitu (1) suami, (2) lafaz yang digunakan, (3) diqasadkan atau diniatkan kepada siapa talak itu, (4) isteri; dan (5) talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami.Pada pandangan saya mesej melalui SMS �kalau nak bercerai, OK cerai la� ada menunjukkan kepada tulisan yang berbentuk lafaz perceraian.

Apa yang perlu diketahui ialah SMS itu datang daripada suami sendiri, mesej ditulis sendiri, suami meniatkan cerai kepada isteri, yang diceraikan ialah isteri dan ia dalam kekuasaan suami iaitu bukan dipaksa atau terpaksa.

Apabila suami menafikan mesej itu dan mengatakan ia tidak sah, ia perlu dinilai berdasarkan syarat di atas. Suami perlu jujur dengan dirinya sendiri kerana hanya beliau yang benar-benar mengetahui kedudukan sebenar.

Dalam menentukan sah atau tidak sesuatu talak, mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa yang sebenar. Sekiranya diterima sebagai sah, maka sah perceraian dan begitu juga sebaliknya.Bagaimanapun, ia juga boleh ditentukan dengan pengakuan suami dan suami perlu juga bersumpah. Seterusnya, rujuk berlaku apabila anda berdua berbaik semula dan bersama.

Memandangkan puan mengatakan lafaz talak seperti di atas ada kemungkinan berulang, bilangan talak juga dikira dengan pengulangan berkenaan.Apabila berlaku sebanyak tiga kali, perceraian dikira ba�in dan untuk rujuk lagi secara biasa tidak dibolehkan lagi.

Dalam hal ini mahkamah syariah adalah tempat rujukan bagi masalah anda berdua.Nasihat saya supaya anda berdua menjaga kedamaian rumah tangga sebaik mungkin agar perceraian tidak terjadi.Perceraian sepatutnya tidak dibuat mainan dalam kehidupan berumah tangga.

sumber



[Continue reading...]

Penyembah Syaitan Bunuh Dan Cincang Tiga Lelaki





Springfield (Amerika Syarikat): Seorang lelaki dengan dua baris tanduk serta tatu �666� pada dahinya semalam didapati bersalah atas tuduhan membunuh tiga lelaki dan mencincang mayat mereka.Sebaik hukuman itu dibacakan di mahkamah Springfield, Massachusetts, Caius Veiovis menjerit ke arah juri: �Saya tunggu anda di neraka.�

Juri berkenaan menimbang kes lelaki itu sejak minggu lalu.Veiovis juga didapati bersalah atas tiga tuduhan menculik dan tiga dakwaan mengancam saksi dalam pembunuhan David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditanam di tanah persendirian di Becket.Dua lelaki lain yang dituduh bersama Veiovis turut didapati bersalah tetapi masih menanti hukuman.Seorang defendan itu mahu Glasser mati supaya dia tidak boleh menjadi saksi perbicaraan satu kes lain terhadapnya.

Dua lagi dibunuh kerana mereka melihat pembunuhan Glasser.Veiovis bersama-sama Adam Lee Hall dan David Chalue menculik, membunuh dan mencincang David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell dengan parang.

Menurut undang-undang Massachusetts, dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.Veiovis pernah dipenjara tujuh setengah tahun di Maine pada 1999 atas kesalahan mencederakan seseorang.

Dia yang ketika itu dikenali sebagai Roy Gutfinski dan teman wanitanya berusia 16 tahun mengelar belakang badan seorang remaja belasan tahun dengan pisau cukur sebelum berkucupan sambil menjilat darah.Akhbar Kennebec Journal melaporkan, Gutfinski mendakwa dia pontianak dan penyembah setan. Dia menukar namanya ketika di penjara. - Agensi

[Continue reading...]

GAMBAR: Pelajar sekolah menengah Maut Jatuh Dari Siling Sekolah




Kadang-kadang sekolah yang diharapkan menjadi tempat selamat untuk anak-anak belum tentu menjamin perkara tersebut.
Hal ini kerana perbuatan sesetengah pelajar ketika bersama kawan-kawan tidak dapat dijangka.

Sebagai contoh kejadian di sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis jam 11.30 pagi tadi apabila seorang pelajar tingkatan 3 maut serta merta selepas terjatuh dari siling berketinggian 40 kaki.
Muhamad Hakimi Zulkifli,15, dipercayai memanjat siling dewan sekolah sebelum kejadian mengejutkan ini berlaku.
Mungkin mangsa menyangka cantuman siling cukup kukuh namun sebaliknya berlaku lalu meragut nyawanya.


Apa pun, punca sebenar mangsa bertindak sedemikian masih belum diketahui.
Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di muka.

Sumber mynewshub.cc
[Continue reading...]

MENGAPA MANDI AIR SUAM TIDAK DIGALAKKAN?





Secara ringkasnya mandi air suam akan menyebabkan pemecahan cakra atau tenaga dalaman dan kesan daripadanya juga akan menjadikan aura anda semakin pudar. Mandi air suam dengan berulang-ulang boleh menyebabkan sistem kederiaan anda menjadi semakin kurang cekap menyesuaikan diri dengan persekitaran anda.

Bagi mereka yang gemar mandi dengan air suam, perumpamaannya sama seperti anda terkena hujan panas yang boleh menjadi penyebab mudah sakit kepala, mudah demam dan daya tahan tubuh anda semakin menurun. Mandi air suam juga mendedahkan tubuh anda kepada kebocoran elektromagnetik dalaman tubuh.

Kepada yang selalu banyak berfikir dan mudah runsing mandi air suam juga akan menyebabkan sistem metabolisma anda menjadi kurang cekap dan ini akan menjadi penyebab kepada sistem penghadaman khususnya seperti perut serta usus anda mengeluarkan gas dan jus gastrik. Bagi mereka yang kerap diserang sakit kepala (migrine) amatlah di larang mandi air suam.

Air suam boleh mengurangkan oksigen dalam tubuh anda. Tubuh yang kerap mandi dengan air suam juga perumpamaannya anda menyiram pokok bunga yang mana akan mematikan pokok tersebut. Mandi air suam akan membuatkan seseorang mudah rasa mengantuk kerna aliran darah menjadi perlahan.

Pengamalan mandi air suam khususnya bagi anak-anak yang hendak pergi sekolah awal pagi bukan hanya penyebab mengurangkan keaktifan isyarat otak, malah akan menyebabkan anak anda mudah mengalami stress dan mudah keletihan.

Kekerapan pengamalan mandi air suam juga akan mengendurkan urat dan menyebabkan berlakunya tanda-tanda kebas dan kekejangan otot. Tubuh akan semakin layu dan lesu jika oksigen semakin berkurangan. Segala jenis tumbuh-tumbuhan akan tumbuh lebih segar selepas musim sejuk yang membekukan tanah. Sebaliknya segala jenis tumbuhan akan berguguran daunnya selepas mengalami musim panas yang telah ditetapkan secara fitrah alamiah.
[Continue reading...]

7 'Punca Utama' Mengapa Ambulan Selalu Lewat





Kepada orang awam,

1. Ambulan tidak akan muncul di hadapan rumah anda sejurus anda membuat panggilan. Hal ini kerana ambulan kami tidak mempunyai keupayaan-keupayaan yang istimewa seperti button turbo, melompat atas divider, mahupun terbang terus ke lokasi anda.

2. Tolong berikan lokasi yang tepat serta tunggu di tempat tersebut kerana kami tidak mempunyai kebolehan telepati ataupun psikik untuk mengagak siapa dan di mana anda. Beri alamat rumah tiang elektrik no 8, WOIII!  Ingat senang kami nak cari satu-satu tiang elektrik?! Kami perubatan, bukannya kerja dengan TNB.

3. Kami tidak mempunyai kuasa untuk mengubah ketentuan Illahi. Kami bukan seperti Son Goku, Bezita, Kurosaki Ichigo, ataupun abarai renji yang boleh masuk keluar Alam Barzakh sesuka hati.

4. Perkhidmatan ambulan adalah bukan untuk mengangkut anda yang demam baru 3 hari atau mengalami gatal-gatal badan disebabkan kudis atau skabis. Hangat hati woo bila sampai je di rumah korang yang besar gedabak, dipenuhi sanak saudara dan kereta yang parking luar rumah pun dekat nak 10 buah. Susah sangat ke nak hantar pergi hospital??

5. Tak perlu nak maki-maki kami dekat tempat kejadian dan suruh kami buat macam-macam. Kami
tahulah apa nak buat dan kami juga seperti kamu, mempunyai 2 tangan dan 2 kaki

6. Jangan ingat kami standby 1 ambulan, 1 rakyat kerana 27 juta ambulan perlu diwujudkan. Memang Malaysia ini tak ada kereta, bas, Preve, Avanza dan juga Kenari. Ambulan akan dijadikan public transport. Rimas tahu tak asyik tengok ambulan je?

7. Jangan ingat semua fasiliti kesihatan menyediakan medical team untuk family KORG SAHAJA

Mayat tidak boleh menaiki ambulan. Kami cuma mnyediakan perkhidmatan untuk mengangkut orang yang sakit ke hospital sahaja. Kami tidak menyediakan imam untuk membacakan talkin, solat jenazah, dan kenduri tahlil.

Sekian..

Sekadar perkongsian pada yang tahu

Sumber
[Continue reading...]

Kepala Putus Dibaham Buaya Di Betong



Seorang lelaki telah disahkan meninggal dunia selepas dibaham oleh buaya di Sungai Rimbas, Betong pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, mayat yang dikenali Mustapa Bunsu ditemui tanpa berkepala dan lengan kiri pada jam 3.40 petang tadi.

Sebelum berlakunya kejadian mengerikan itu, mangsa bersama empat lagi rakannya ke Sungai Rimbas untuk mencari pokok sagu tetapi secara tiba-tiba, seekor buaya datang menyambar mangsa.



Sumber
[Continue reading...]

[INFO] JOM KENALI BUDAK PALING POPULAR DI DUNIA - JANA PENDAPATAN US 1.3 JUTA SETAHUN (GAMBAR)




Saluran YouTube Evan turut mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun.

Mungkin kita tidak pernah mendengar namanya, namun tanpa kita sedari Evan, 8 dari Amerika Syarikat adalah kanak-kanak paling popular di dunia.

Hanya dengan memuatnaik review permainan kanak-kanak dan �video games� kegemarannya di YouTube, Evan berjaya memperolehi pendapatan sebanyak US 1.3 juta setahun.

Saluran YouTube Evan turut mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuatnaik.

Credit
[Continue reading...]

Di noda dalam keretapi



Bangkok: Mahkamah Hua Hin semalam menjatuhi hukuman mati ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis di dalam kereta api.

Hakim memutuskan Wanchai Sangkhao, 22, seorang pekerja syarikat kereta api Thailand bertanggungjawab atas kejadian kejam dan menggemparkan negara itu pada 5 Julai lalu.

Dia yang dinamakan sebagai defendan pertama dijatuhi hukuman mati kerana membunuh, sembilan tahun penjara kerana merogol gadis bawah umur, lima tahun penjara kerana mencuri di dalam kenderaan awam dan tambahan setahun penjara kerana menyembunyikan mayat.

Wanchai juga dihukum penjara enam bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Dalam perbicaraan Wanchai mengaku salah merogol pelajar Sekolah Satrinonthaburi yang baru berusia 13 tahun ketika mangsa sedang tidur dalam gerabak kereta api ekspres dari Nakhon Si Thammarat ke Bangkok.

Berdasarkan siasatan Wanchai didakwa melakukan serangan seksual itu sebelum mencampak mangsa ke luar gerabak ketika kereta api bergerak.

Tindakannya itu menyebabkan mangsa terhempas ke tanah dan membawa kepada kematiannya.

Mayat gadis malang itu kemudian ditemui dalam keadaan mengerikan berhampiran landasan kereta api.

Sebelum hukuman dijatuhkan Wanchai membuat rayuan dengan mengaku insaf atas tindakannya dulu tetapi ia gagal melembutkan hati hakim.

Kata hakim, pengakuan Wanchai tidak boleh dianggap ikhlas kerana ketika itu dia sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain ekoran bukti dikemukakan dalam perbicaraan sangat kukuh.

Defendan kedua, Nattakorn Chamnarn, 19, dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana bersekongkol melakukan jenayah kejam itu. - Agensi
[Continue reading...]

Pasangan Ini Tak Sedar Perbuatan Mereka Beromen Dirakam CCTV



Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi �saksi� setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.

Ada juga jenayah �lain macam� telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat�

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut. Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan �skandal� di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka?



Sumber
[Continue reading...]

Jururawat ini Kantoi Melayari Facebook Ketika Bertugas (2 Gambar)






Bila Jururawat Kantoi layari Facebook Ketika Bertugas (2 Gambar)

Dua keping gambar kakitangan sebuah Klinik Kesihatan di Klang sedang melayari Facebook ketika waktu bekerja tersebar di laman Facebook.

Kakitangan wanita terbabit yang tidak sedar dengan kehadiran perakam gambar itu, dilihat sedang leka melayari Facebook. Klinik pada ketika itu penuh dengan orang awam yang datang untuk, namun penjawat awam terbabit membuat kerja sambil lewa dan sempat melayari laman Facebook.

Kredit foto: Oh Media
"Saya nak share dan complain pasal seorang staff nurse di klinik kerajaan yang kerja sambil lewa dan boleh lagi beronline Facebook ketika patient ramai di Klinik Kesihatan. Sampai saya masuk sendiri ke bilik rawatan, jururawat tersebut masih lagi berfacebook tanpa sedar kehadiran saya."

Menurut pengadu, tujuannya menyebarkan gambar berkenaan supaya penjawat awam terbabit sedar akan kesilapannya dan buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Ini juga sebagai peringatan kepada kakitangan kerajaan yang lain. - My Media Hub
[Continue reading...]

Bacalah Wahai Kaum Adam.....Kaum Hawa Disebelah Anda Itu Amat Hebat.....!





Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya...Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?

Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu�

Wanita dicipta untuk menjadi ibu...
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan....
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia....
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya....
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran....
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa....
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki....
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki....


Hebat kan wanita???
Anda amat bertuah dilahirkan sebagai seorang wanita....
Buat kaum Adam, hargailah hawa yang berada disebelah anda itu....
[Continue reading...]

Punca RON95 Dan Diesel Naik Harga Mulai 2 Oktober 2014




Punca sebenar petrol Ron95 dan Diesel naik harga lagi mulai 2 Oktober 2014. Menerusi pengumuman rasmi yang dibuat oleh KPDNKK, petrol RON95 dan Diesel dinaikkan harga sebanyak RM0.20 per liter menjadian harga runcit baru bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Punca kenaikan harga Petrol RON95 dan Diesel mulai 12.01 pagi 2 Oktober 2014 berikutan pihak kerajaan mengurangkan subsidi bagi kedua bahan api berkenaan sebanyak 20 sen seliter.

punca-rasmi

Punca RON95 Dan Diesel Naik Harga Mulai 2 Oktober 2014
  • Kerajaan Malaysia mengurangkan subsidi sebanyak RM0.20 sen terhadap bahan api Diesel dan RON95.
  • Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
  • Kerajaan juga dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab termasuk pelancong asing yang turut menikmati subsidi diberikan kerajaan.
  • Kadar kenaikan BR1M 2015 adalah punca subsidi RON95 dan Diesel dikurangkan.
Harga Petrol RON95 dan RON97 Terkini Mulai 2 Oktober 2014
RON95: RM2.30 per Liter (kenaikan 0.20 Sen)
Diesel: RM2.20 per liter (kenaikan 0.20 Sen)

ron-95


Sumber


[Continue reading...]

Gambar Ammar anak Che Ta bersama BMW berharga RM768,000




Masih ingat gosip terhangat ketika keputusan SPM keluar beberapa bulan lepas? Tak lain tak bukan dah tentulah mengenai anak pelakon dan pengacara sensasi, Rozita Che Wan.
Alahh, anak Che Ta kan cemerlang SPM, maka sebagai seorang ibu yang prihatin dengan kehendak orang muda seperti anaknya, dia telah berhasrat untuk menghadiahkan kereta jenis BMW X6.



Akhirnya, hasrat Ammar telah ditunaikan. Baru-baru ini dilaman Instagram, kami lihat bukan main segak lagi Ammar disamping keretanya. OH BULAN 
[Continue reading...]

Rahsia Alam: Mengapa Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain





Jika kita perasan, semut merupakan serangga yang sering bergerak dalam satu barisan yang panjang. Ada kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula dengan semut yang lain, kita akan dapat melihat mereka akan berhenti untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi?
Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain. Sebab Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain
C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.
Dan kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanannya.
Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Sebab Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain
Maka, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut tersebut akan memberi tau rakannya (melalui antena di kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.

[Continue reading...]

Lagi kes bayi meninggal dunia di taska





PUTRAJAYA 30 Sept. - Seorang bapa, Muhamad Zamri Anuar, 34, begitu gembira menerima kehadiran 'orang' baharu dalam keluarganya. Begitu juga isteri dan dua lagi anaknya.

Namun Muhamad Zamri langsung tidak menduga kegembiraannya menerima Nur Imna Khalisa hanya bertahan tiga bulan apabila anaknya itu meninggal dunia di sebuah taska di Presint 11 di sini, semalam.

Lebih menyedihkan Nur Imna Khalisa ditemuinya dan isteri sendiri dalam keadaan kaku dan kebiruan di premis tersebut ketika hendak menjemput pulang pada pukul 5.45 petang.

Bahagian mata, belakang badan serta telinga pula mempunyai kesan gigitan semut.

Difahamkan, bayi tersebut tidak meminum susu ketika ditinggalkan di dalam katil bayi kira-kira pukul 3 petang dan sepanjang tempoh itu, pengasuh didakwa langsung tidak menjenguk mangsa.

Bapa mangsa yang merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) mendakwa, bayinya berada dalam keadaan sihat ketika isterinya, Nafisah Ahmad Jauhari, 32, menghantar anak mereka itu ke taska berkenaan pada pukul 7.05 pagi.

"Ketika hendak ambil Nur Imna, Nafisah dan seorang lagi anak saya, Muhamad Zikri Rayyan, 5, pergi ke taska manakala saya dan anak perempuan, Nur Airis Khadijah, 4, tunggu di dalam kereta kira-kira 10 meter dari premis.

Tidak lama kemudian, Nafisah bergegas ke arah saya mengatakan anak saya sudah tiada. Saya pula sangka anak saya diculik sebelum berlari ke taska berkenaan.

"Sebaik sahaja masuk, luluh hati saya apabila lihat anak saya dalam keadaan terlentang di dalam tempat bayi dengan wajah dan badannya kebiruan, kaku. Semut juga ada di leher dan dadanya," dakwanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Muhamad Zamri mendakwa, pada ketika itu, terdapat dua pengasuh yang sedang menunggu kedatangan ibu bapa mengambil anak masing-masing dan mereka hanya menangis serta mengatakan tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

Difahamkan, anaknya dihurung semut kerana telah meninggal dunia antara dan hingga tiga jam sebelum ditemui hingga mengakibatkan belakang telinga, mata dan belakang badan mempunyai kesan gigitan.

"Saya reda dengan ketentuan Ilahi namun terkilan kerana pihak taska langsung tidak menghubungi saya antara pukul 3 hingga 5.45 petang itu," dakwanya.

Dia berkata, biasanya Nur Imna Khalisa telah siap dimandikan pengasuh ketika dia datang untuk mengambilnya pada waktu berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Taska Putrajaya, Husna Abdul Rahman berkata, taska tersebut mempunyai lima pengasuh namun pada hari kejadian seorang daripadanya cuti sakit.

"Taska itu menjaga 33 kanak-kanak termasuk sembilan bayi dan enam transit selepas sekolah. Taska itu telah beroperasi lebih dua tahun," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pengasuh untuk membantu siasatan semalam.

Jelasnya, kes tersebut masih belum diklasifikasikan kerana keputusan bedah siasat tidak dikeluarkan lagi. - Utusan online
[Continue reading...]
 
Copyright © . INBERGUNA - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger